Zakat
dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga
bererti zakat dan baik, suci dan subur.
Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan,
kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi
bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain
yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan
tersebut akan diberkati Allah.
Zakat
dari segi syara' bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan
kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang
Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada
dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5%
atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak
berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-golongan
yang berhak menerima zakat.
Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya
tiada pihak berkuasa menguruskannya.
|