Setelah
menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya
lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan
dua salam. Dan Seafdal-afdalnya 11 rakaat .
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal
Witri Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar"
"Sahaja aku
Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rakaat pertama
ucaplah Al-Fatihah dan
surah Al-A'la Pada rakaat
kedua baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun Setelah
memberi salam,beridiri lagi dan lakukan satu rakaat witir
Lafaz niat
Usolli Sunnatal
Witri Rak atan Lillaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
"Sahaja aku
solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta'ala
Ucap Al-Fatihah
dan selepas itu ucapkan surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .
Bila mendirikan
Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat
dengan satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah
seluruhnya enam salam
Solat Sunat
Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan
mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku'
:
Selepas itu
berdoalah tiga kali:
Ertinya: "Ya
Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu
dan aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji
dirimu "
|