Solat
sunat Taubat ini dikerjakan setelah melakukan dosa atau merasa membuat
dosa, kemudian bertaubat pada Allah SWT. Solat sunat Taubat adalah solat
yang disyariatkan.
Bila bertaubat
dari sesuatu dosa bererti menyesal tentang perbuatan yang dilakukan dan
bercita-cita tidak akan melakukan lagi dan mohon ampun dari Allah. Terdapat
empat cara mendirikan Solat.
Sunat
Taubat Solat Sunat Taubat (satu)
Jumlah rakaat
Solat Sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu
mengerjakan, bebas.
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal
Taubati Rak'ataini Lillaahi Ta'ala,Allahu Akbar
" Sahaja
aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat
pertama lafazlah Al-Fatihah dan
surah An-Nas
Setelah memberi
salam hendaklah memperbanyakkan istighfar iaitu memohan ampun dari Allah(sebut
berulangkali)
" Aku mohon
keampunan kepada Allah yang Maha Agong yang tiada Tuhan yang lain,melainkan
Dia, yang hidup dan berdiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya "
Solat
Sunat Taubat (dua)
Jumlah rakaat
solat sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu
mengerjakan tidak terikat.
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal
Taubati Rak'ataini Lillahi Ta'ala, Allahu Akbar
"Sahaja
aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
|