Solat
ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat
Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaat . Solat
Tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya
Abbas bin Abdul Mutallib .
Solat Tasbih
dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan
pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali
seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup
dengan sekali setahun ,kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah
sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat
Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam
Lafaz niat
Usolli Sunnatal
Tasbiihi Arba'a Raka'aatin Lillaahi Ta'ala ,Allahu Akbar
"Sahaja aku
Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala "
Solat Sunat
Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap
dua rakaat dengan satu salam
Lafaz niat
Usolli Sunnatal
Tasbiihi Rak'ataini Lillaahi Ta'ala , Allahu Akbar
" Sahaja
aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada setiap
rakaat ucaplah Al-Fatihah dan selepas itu surah mengikut pilihan sendiri
Selepas doa
Iftitah, Al-Fatihah san surah sebelum ruku ucaplah tasbih 15 kali iaitu
:
"Mahasuci Allah
dan segala puji bagi Allah , dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan
Allah,Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan
dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan maha agong"
Ruku', dan setelah
melafazkan tasbih ruku', ucapkan tasbih di atas sebanyak 10 kali, kemudian
Itidal
Selesai tahmid
I'tidal terus melafazkan tasbih tersebut 10 kali dan kemudian sujud
Ketika sujud
selesai tasbih sujud kemudian membaca tasbih 10 kali dan kemudian duduk
antara dua sujud
Selesai tasbih
duduk antara dua sujud ucapkanlah 10 kali lalu sujud kedua
Setelah selesai
mengucapkan tasbih sujud kedua, kemudian menyebut tasbihnya 10 kali sebelum
berdiri melakukan rakaat kedua, hendaklah "duduk sekejap" dan melafazkan
tasbihnya 10 kali .
Dari seluruh
tasbih yang dibaca pada rakaat pertama berjumlah 75 kali tasbih, bererti
75 X 4 rakaat = 300 tasbih .
Hendaklah ingat
ketika duduk tahyat akhir, sebelum membaca tahyat hendaklah melafazkan
tasbihnya dahulu sebanyak 10 kali
Selesai Tahyat
,memberi salam. Lakukan cara yang sama pada rakaat ketiga dan keempat Sekiranya
lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, bolehlah digantikan di tempat
berikutnya, sehingga jumlahnya tetap 300 tasbih .
Selepas salam
ucapkanlah doa :
Ertinya: "Ya
Allah wahai yang maha pengasih dan penyayng wahai yang hidup selama-lamanya,
wahai yang mempunyai kebesaran dan kepemurahan "
Setelah itu
berdoa pula sebanyak lima kali
Ertinya: "Wahai
ahli takwa dan ahli keampunan wahai yang mengingat orang-orang yang mengingat,
berilah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmatmu kepadaku, tambahlah
nur dan kejelasan untukku wahai kekasih-kasih yang mengasihi "
|