Solat
Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun
tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu
sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi
cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.
Banyak ganjaran
yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah
mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal
Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.
" Sahaja
aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Pada rakaat
pertama ucaplah Al-Fatihah Selepas
itu surah Al-Kafirun Rakaat
kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas
Semasa sujud
akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu
Ertinya:
"Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku
daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang
penolong "
Selepas memberi
salam ucaplah doa :
Ertinya
: " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan
alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja
penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit
dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu
itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka
adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar
,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal),
kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada
engkaulah kami berhukum .
Ampunilah
kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang
kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu
dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah"
|