Solat
Sunat Sebelum Fardhu Zohor
Setelah masuk
waktu Zohor, dan sekiranya berada di masjid iaitu berjemaah; sesudah Azan
sebelum Qamat atau ketika di rumah ada baiknya mengerjakan solat sunat
sebelum solat(Fardhu) Zohor yang termasuk dalam bahagian Sunat Muakkad
Lafaz niat:
Usolli sunnataz
Zuhri rak'ataini qabliyatan ,lillahi ta'ala Allahu akbar
"Sahaja
aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat
pertama baca Al-Fatihah selepas
itu Al-Kafirun atau baca surah yang dikehendaki dan
pada rakaat kedua baca Al-Fatihah, selepas itu baca surah yang dikehendaki,
misalnya surah Al-Ikhlas
|
| Solat
Sunat Selepas Fardhu Zohor
Setelah solat
fardhu Zohor dan sesudah wirid-wirid dan berdoa sebaiknya lakukan solat
sunat selepas solat Zohor
Lafaz niat:
Usolli Sunnataz
Zuhri rak ataini badiyatan, lillahi ta'ala Alluhu akhbar
"Sahaja
aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selepas baca
Al-Fatihah pada
rakaat pertama selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas dan
pada rakaat kedua setelah Al-Fatihah baca pula Surah An-Nas
|
Solat
Sunat Asar(satu)
Setelah masuk
waktu Asar, selepas Azan, maka disunatkan kita solat sunat sebelum solat
fardhu Asar
Lafaz Niat:
Usolli Sunnatal
Ashri rak'ataini Lillaahi Ta'ala Allhu akhbar
"Sahaja
aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat
pertama bacalah Al Fatihah dan
Surah Al -Ikhlas Rakaat
kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-Nas
|
Solat
Sunat Selepas Fardhu Maghrib
Setelah selesai
solat fardhu Maghrib dan sesudah tasbih, tahmid, takbir dan doa, alangkah
baiknya mengerjakan solat sunat selepas Maghrib
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal
Maghribi Rak'ataini Lillahi Ta'ala. Allahu Akhbar
" Sahaja
aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Bacalah Al-Fatihah dan
Surah Al- Kafirun pada
rakaat pertama , pada rakaat kedua baca Al- Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
|
Solat
Sunat Sebelum Fardhu Isyak
Setelah Azan,
sebelum mengerjakan fardhu Isyak disunatkan solat sunat Isyak
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal
Isyaai Rak'ataini Qabliyyatan Lillaahi Ta'ala Allahu Akhbar .
" Sahaja
aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat
pertama bacalah Al-Fatihah dan
Surah Al-Kafirun Rakaat
kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al-Ikhlas
|
Solat
Sunat Selepas Fardhu Isyak
Setelah mengerjakan
solat fardhu Isyak dan setelah tasbih,tahmid, takbir dan berdoa,alangkah
baiknya menambah amal dengan mengerjakan solat sunat Ba'diyah Isyak
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal
Isyaai Rak'ataini Ba'diyyatan Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar
"Sahaja
aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Rakaat pertama
baca Al-Fatihah selepas
itu baca surah Al-Ikhlas Dan
pada rakaat kedua baca Al-Fatihah selepas itu baca surah
|
Solat
Sunat Sebelum Fardhu Subuh
Setelah masuk
waktu Subuh iaitu sesudah Azan lakukan solat sunat sebelum Subuh dua rakaat.
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal
Subhi Ra'ataini Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar
" Sahaja
aku solat sunat Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Bacalah Al-Fatihah
dan Surah Al-Kafirun pada
rakaat pertama, pada rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
|