Bila
timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintaklah pertolongan dari Allah
dengan mendirikan Solat Sunat Hajat. Solat Hajat banyak macam bentuknya
dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukun tetap sama .
Solat Hajat
Waktu mengerjakan
Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petang
Lafaz niat :
Usolli Sunnatal
Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar
Sahaja aku
solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat
pertama bacalah Al-Fatihah dan
Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua
bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas
Teruslah lakukan
hingga cukup 12 rakaat dan bererti mempunyai 6 salam
Pada rakaat
yang terakhir(rakaat ke 12) sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat
akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:
a) Al- Fatihah
(7 kali )
b) Ayatul Kursi(7
kali)
c) Baca : (10
kali)
"Tiada Tuhan
selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala
kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala
sesuatu Maha Berkuasa"
d) Kemudian
baca:
" Wahai
Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada
Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau
yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau
yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "
Setelah membaca
doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh
pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian
bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.
|