Ertinya:
Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan
Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang
menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana
patut kerana kebesaran zatMu dan agong kekuasaanMu
Ertinya:
Ya Allah! Tolonglah
kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.
Ertinya:
Wahai Tuhan
kami, janganlah engkau cabut iman kami setelah engkau memberi hidayah kepada
kami dan berilah kami rahmat yang ada di sisiMu sesungguhnya Engkau sangat
banyak memberi.
Ertinya:
Wahai Tuhan
kami, berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan jauhkan
kami daripada azab api neraka. Allah memberi rahmat kepada penghulu kami
Muhammad dan ke atas ahlinya dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah tuhan
seru semua alam.
Ertinya:
Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata
untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan
besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta
sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya
Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah
kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah,
jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan
dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai
kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap
sesuatu itu Maha Berkuasa.
Ertinya:
Ya Allah! Perbaikilah
perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami
jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan
jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi.
Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati
kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya
Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur
di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan
pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.
Ertinya :
Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara
kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad
(S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu,
Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan.
Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk
Allah yang memerintah sekelian alam.
|