Mereka ini
adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai
khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara
keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan
yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala
daripada Allah.
Perkahwinan merupakan suatu sunnah
Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam
masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan
generasi yang soleh.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda
nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku,
maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan
fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia,
dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah
tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
|