Definisi Islam terbahagi
kepada 2 bahagian yang utama iaitu definisi menurut bahasa dan definisi
menurut istilah / syara’. Definisi Islam
menurut bahasa adalah selamat sentosa atau kedamaian. Contohnya boleh diambil
daripada sebuah hadith Rasullah s.a.w yang bermaksud:
“ Seorang Muslim ialah
seorang yang selamat, seorang muslim yang lain dari lidah dan tangannya”
Definisi Islam menurut
istilah/ syara’ pula adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan
penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan serta mematuhi segala peraturan-peraturan-Nya
dan menjauhi segala larangan-Nya.
Penyerahan secara terpaksa
bukanlah bidang yang dibicarakan, kerana penyerahan secara itu tidak akan
mendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuat pilihan
yang mengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka. Samada mereka
tergolong yang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini
tidak sesuai untuk makhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman
Allah S.W.T. :
Ertinya:
“Barang siapa mencari
agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat
termasuk orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)
Dari segi pemilihan nama,
“Islam” merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah kepada Din-Nya.
Al-Quran sebagai kalam Allah menyebut “Islam” sebagai Al-Islam (makrifah)
Dan ditujukan kepada agama
suci ini. Di antara ayat-ayat tersebut ialah :
Ertinya :
“Sesungguhnya agama di
sisi Allah hanya Islam”
(Ali Imran: 19)
Ertinya:
“Barang siapa mencari
agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) …”
(Ali Imran: 85) |