Haji dalam
syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di dalam bulan haji kerana
mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat–syaratnya
serta menunaikan segala yang wajibnya.
Umrah pada
syarak pula ialah menziarahi Baitullah Al–Haram kerana mengerjakan tawaf,
sai’e dengan menurut kesemua syarat–syaratnya serta menunaikan segala yang
wajibnya.