Sebelum
dihuraikan lebih jelas mengenai doa,marilah kit renungkan konsep doa itu
terlebih dahulu. Sabda Nabi Muhammad SAW :
maksudnya : Bermula doa
itu adalah otak ibadah
Firman Allah SAW :
maksudnya : Berdoalah,nescaya
aku perkenankan untukmu
Di dalam kitab Hakim
ada dijelaskan :
maksudnya : Apabila Allah
melepaskan lidahmu untuk memohon,ketahuilah bahawa Allah hendak memberi
kamu.
Ertinya,kalau lidah mudah
meminta bermakna Allah memang hendak memberi kepada kita. Syair Arab berbunyi
:
maksudnya : Jangan engkau
meminta kepada anak Adam sebarang keperluan .Mintalah kepada Allah yang
pintu-Nya tiada sebarang penutup. Allah marah jika engkau tidak meminta.
Anak Adam ketika diminta,ia marah dan murka.
Oleh itu dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa anak Adam hendaklah meminta kepada Allah SWT dan jangan
meminta kepada makhluk Allah SWT . Firmannya:
maksudnya : Akan Engkau sahaja
kami menyembah dan akan Engkau sahaja kami memohon pertolongan.