Terdapat beberapa kaedah
bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang
selain dari menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu kita pelajari
kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak
seperti di tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada
musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan
arah kiblat ?
-
Kaedah (1)
Pada waktu malam yang gelap
maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion)
dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
-
Kaedah (2)
Dengan memandang ke arah
langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris).
Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan
bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada
pengetahuan ilmu bintang.
-
Kaedah (3)
Jika pada waktu siang hari
bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit
dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam
pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak
dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
-
Kaedah (4)
Dengan menggunakan posisi
zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan
matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah
ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.
Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.
|
|