| Secara fizikalnya gambaran kepada
konsep tersebut diperlihatkan melalui kedudukan kubah yang comel dari pandangan
luaran, yang menonjolkan kesederhanaan dalam Islam.
Sementara itu suatu ‘kejutan’ diberikan
apabila seseorang itu memasuki bahagian dalam masjid ini dengan terbentangnya
sebuah kubah yang besar dan unik yang mana tidak disangkakan kewujudannya,
sama sepertimana mereka yag tidak mendekati dan tidak mendalami Islam tidak
akan mengetahui keindahannya.
Rupa paras fizikal seseorang itu juga
tidak menjadi keutamaan dalam Islam, sebaliknya kesucian hati dan keteguhan
iman menjadi pilihan utama untuk mendapat kedudukan yang istimewa di sisi
Allah SWT |